Assalamualaikum..
Salam ceria dan salam hujung minggu buat semua teman..
Lama juga Uj tinggalkan dapur Uj ni.Dah bersawang sana sini.Puas jugak mengipas-ngipas habuk yang melekat..Arini Uj teruja sangat nak kongsikan satu resepi puding keremel yang sangat sedap bagi Uj.
Resepinya Uj intai dari dapur sifu kita ..iaitu Azie Kitchen di sini.Cantik sangat kejadiannya.Apatah lagi rasanya yang lemak manis tu...Memang sedap pada tekak Uj...Terima kasih pada Azie kerana sudi berkongsi resepi puding yang sedap ni.
Struktur pudingnya juga licin dan lembut sangat seperti kita makan Tau Fu Fa... Yammmm...Uj suka makan panas-panas.
Seperti yang disyorkan oleh Azie..untuk mengelakkan bau telurnya yang kuat, kenalah buang mata atau kata orang buang tali pusatnya terlebih dahulu sebelum disatukan kesemua ramuannya....
Izinkan Uj panjang-panjangkan lagi resepinya yer kepada mereka yang ingin mencuba dan juga ingin merasa akan keenakan puding keremel sifu kita ni...
Puding Karamel - Resepi II
Oleh: Azie Kitchen
Untuk: 20 bekas
1 tin susu pekat manis (kurangkan jika tak suka manis)
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 telur - buang mata
Esen vanilla
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air
Cara cara:
Goreng
gula hingga perang. Bila gula bertukar warna, baru masukkan air. Masak
sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula.
Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil.
Telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati.
Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus.
Panaskan
periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 minit atau
sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan
karamel menjadi cantik.
Jom cuba...
Struktur nya yang lembut seperti tau fu fa...
# info.
Cara Uj:
Masak gula kedalam loyang.Addkan sedikit air biarkan gula jadi perang.Bila dah perang ,tutup api.Biarkan sebentar.
Selepas itu satukan kesemua bahan yang telah dibancuh,ditapis terlebih dahulu kemudian tuangkan adunan kedalam loyang keremel tadi dan kukus sehingga masak...
Okeyyy...Enjoy...
Salam Uj.. nmpk lemak berkrim puding karamel nih.. tun dh lama xbuat resepi asal mcm nih. biasa wat puding roti karamel sbb yg tu lg senang, blend je semua. hihi
ReplyDeletewaalaikumsalam tun..mmg rasa lemak-lemak manis puding keremel ni Tun.Dah byk kali gak Uj buat menggunakan resepi yang sama.tpi x berkesempatan nak publish.mmg tak jemu rasanya.. resepi nya Uj intai dari dapur azie...;)
ReplyDeleteWah,,,nyaman gituuuu.... :)
ReplyDeletetkasih mamafami...lembut jer masuk ke dlm mulut..;)
DeleteAlahai, ni mam sejuk2 lagi menyentuh tekak...kiki
ReplyDeletesejuk2 ek..yumyum kan...
Deletesejuk2 ek..yumyum kan aishah..
Deletenampak lembut dah sedap la umie..lama menyepi ye..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum my dear zila..yela mmg lembut jer struktur dia..begini la zila ..dah ader anak kecik ni. UJ .sibuk dgn anak pulak..hehe tu yg tenggelam timbul tu..;)
Delete