mytasteindonesia.com

Sunday, 7 December 2014

BUTTER CAKE SEDAP.... BETUL KATA K.JEE








 Assalamualaikum..
Salam sejahtera buat semua teman....
Amboii...Dah lama rasanya Uj tak membaking.Terasa pulak kat anak tekak ni nak makan kek yang ala-ala butter gitew.Uj pun minta pertolongan Encik google untuk mencari resepi kek butter yang sedap...Terpandang dapur  kjee..iaitu kak Fauziah samad kita duk tayang keknya yang gebu gebas tu..disini.Alahai meronta-ronta sanubari ni nak merasa kek, yang kjee kata "kek butter yang betul-betul sedap tu."Uj pun macam kjee gak tak suka manis-manis sangat.Maka Uj kurangkan jumlah gulanya..dari 150gm ke 110 gm.Bagi Uj dah sedap dah...






Kalau dah sifu.... pakar rasa kata sedap..memang betul laa sedap tu..
Uj pun selongkar stok tenguk bahan-bahan yang diperlukan.Alhamdulillah  semua ada..Uj pun memula kan projek..Secara kebetulan mentega anchor memang sentiasa ada didalam simpanan.
Bila kek dah hambir nak masak..walahhh memang harum satu rumah.Rasa cam tak sabar pulak nak merasa.



Ni...lah hasilnya selepas baru jer kuar dari oben..baru diterbalikan diatas redai..Nak amik gamba masa ni kurang pencahayaan..sebab waktu malam kan..Uj simpan semalaman dulu dan keesokannya barulah Uj tangkap gambar untuk blog...Potong pun untuk nak makan jer..




Ni lah hasilnya, bila dah disimpan semalaman yang masih berbaki setengah lagi kemudian dipotong untuk di ambil gambanya..


Ok sesiapa yang ingin mencuba bole lah mencuba .Memang tak rugi mencuba..Memang sedapppp..
Jom ke resepi sebelum tu terima kasih kepada penyumbang asal iaitu Mrs Ng SK dan juga kepada kjee fauziah samad..luv U diatas resepi kek yang sedap ni...


BUTTER CAKE
 
Resipi asal Dari:Mrs Ng SK

Olahan:  Table for two



 Sumber: dari kjee Fauziah samad.

BAHAN-BAHAN

230 gms butter (UJ guna anchor salted
)-Uj guna 250g
4 biji telur- asingkan kuning dan putihnya.( suhu bilik)
150 gm ( Uj kurangkan kepada 110gm.Sbb x nak terlalu manis)
200 gms tepung naik sendiri (diayak)
60 ml susu segar ( Uj guna susu cair)
1 sudu kecil esen vanilla

50 gm gula  (untuk dipukul bersama putih telur)


 CARA

1. Panaskan oven suhu 180C. Sapu loyang dengan sedikit mentega dan addkan kertas minyak.
2. Asingkan putih telur. Pukul putih telur disulami dgn gula 50 gm hingga menjadi meringue (keras)
3. Pukul mentega  bersama 110 gm gula hingga kembang . Kemudian masukkan vanilla dan pukul  

    sehingga sebati.Addkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi sehingga rata.
4. Masukkan tepung  yang telah diayak tadi sedikit demi  sedikit ke dalam adunan telur berselang 

    seli dgn susu cair. Kaub balikan adunan dengan menggunakan senduk sehingga sebati dan serata
5. Kemudian masukan sedikit demi sedikit putih telur atau meringue tadi kedalam adunan.
    Kaub balikan perlahan-lahan sehingga sebati.Addkan aduanan ke dalam loyang pembakar.
6. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 45 minit.

    Menurut Wendy, untuk 15 terakhir, turunkan suhunya ke 150C supaya permukaan atas tidak  
    menjdi gelap.
    Kalau guna oven yang apinya atas dan bawah, mungkin boleh padam api atas di 15 minit terakhir.
7. Kek masak setelah dicucuk dengan lidi dan ia muncul bersih.










Okey...Happy baking Enjoyyy





4 comments:

  1. butter cake tu menarik minat dan selera sy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adda..nnti bole cuber yer..x rugi cuba sadap tau..uj pn rsa mmg terpanggil nk buat lagi...;)..rasanya sesuai sgt dijadikan buah tgn...

      Delete
  2. Assalam k uj.Kek butter memg sedap. Tp sekarang pantang lg..jd tahan nafsu dulu..jenguk2 je gambar kek org..hihii

    ReplyDelete
  3. waalaikumusalam mel..yeke..berpantang..ok slamt berpantang yer mel..nnti lepas pantang..boleh la buat..ek ;)

    ReplyDelete