mytasteindonesia.com

Monday, 15 December 2014

NASI ARAB KABSA .....Yum..Yumm







Assalamualaikum..salam ceria dan salam sejahtera buat semua teman...
Nasi Arab..sape tak suka nasi Arab..Rata-rata ramai yang suka nasi arab ni.kengkadang kalau nak meraikan sesuatu kejayaan pasti akan terkeluar perkataan.." ok jom aku blanja nasi arab nak..."..Begitula pemesnya nasi arab  kat negara kita ni..
Tapi tula...kalau nak gi makan tu kena pikir la pulak tentang reganya..Hehe...





Okey ..pe kata kita try buat sendiri..Dengan perkataan yang lain..kita buat kita makan.Ramai rakan-rakan blogger masakan dah mencubanya..Kalau nak cari resepi..tanya jer En.Google.Cari jer resepi yang mana berkenan dihati.Bila dah jumpa resepi,cari bahan dan buat.Uj penah pun buat nasi arab kabsa tu di sini.Resepi asalnya dari Resepi Raidah.Tapi ayam nyer Uj asingkan.Tapi kali ni..Uj masak ayam nya sekali dengan nasi...Kali ni Uj masak ikut cara Uj.kalau nak ikut versi k.nor secubit gara,bolela kengkawan buat blogwalking  di sini.


Okey..nak cuba buat..jom kita intai resepi yokk...


Nasi Arab Kabsa
Resepi asal: Resepi Raidah
Sumber :Kak nor secubit garam


Bahannya:

3 cwn beras basmati ( uj guna faezah mongul)
4 sdu bsr myk sapi
31/4 cwn air
1 inci halia dimayang
1bj bwg besar didadu
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 ulas buah pelaga
1 btg karot disagat
1 bj tomatao didadu
2 sdu tomato puri
1 sdu bsr rempah kabsa*( bole lihat dibawah)
2 bj cili hijau
1 bj cili benggala merah  ( Uj skip)
1/4 cwn kismas
sedikit pewarna kuning dan oren
gula serta garam
1 ulas kiub ayam ( Uj tambah)

Cara:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawan,halia
    buah pelaga, bawang putih,bawang besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, serta rempah kabsa* dan goreng sebentar.Addkan garam,
    gula serta sedikit perasa.Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ayam.Gaul rata ayam dengan bahan tumisan supaya mesra bahan
    rempahnya.Masaklah ayam dengan api yang perlahan sehingga ayam masak.Ayam akan meng
    eluarkan airnya.Sentiasa kacau perlahan-lahan.Bila ayam dah masak angkat ayam dari periuk
    dan ketepikan.(Untuk pastikan ayam dah masak,cucuk daging ayam dengan menggunakan garfu,
    dagingnya mengeluarkan air jernih,itu tandanya ayam dah masak).
    Kemudian masukan pula kiub ayam.Kacau rata supaya dasar periuk tidak hangus.Pastikan air
    nya telah sejat.Jika bahan masih lagi berair,dikuatiri nasi akan menjadi lembik bila dimasukan
    sukatan air kedalamnya.
4. Masukkan karot, , cili hijau, kismis dan beras. Masukkan air  secukupnya dan masaklah nasi
    sehingga masak.Bila nasi dah masak,titiskan sedikit pewarna kuning telur.Atur ayam yang telah
    masak tadi diatas permukaan nasi.Tutup ayam dengan aluminium foil dan tutup periuk dengan
    tudung periuk.
5. Bila nak dihidangkan keluarkan ayam dan gemburkan nasi dengan menggunakan garfu supaya 
    nasi tak patah.hidangkan bersama ayam tadi....


Resepi utk rempah kabsa*

1  sdu makan bunga cengkih*
1  sdu makan lada hitam*
1  sdu makan jintan manis*
1  sdu makan jintan putih*
2  sdu makan ketumbar biji*
1  sdu makan buah pelaga*
1  sdu makan serbuk kunyit
1  sdu makan serbuk cili

Cara:

Satukan bahan bertanda goreng tanpa myk sehingga naik bau.Bila dah naik bau kisar halus.
Campurkan rempah bersama serbuk kunyit serta serbuk cili.Rempah kabsa ini bole disimpan
didalam bekas kedap udara  dan tahan lama.


 Sos salata hara...Uj lebihkan cili hijaunya supaya nak kan rasa pedasnya...
   






Untuk sos salata hara:

1 bj tomato
5 bj cili hijau bsr
1 tangkai batang ketumbar
sedikit gula dan garam
sedikit perahan lemon

Cara:

Kisar kesemua bahan.Jangan terlalu hancur.


Untuk salad:

sedikit hirisan kobis
sedikit hirisan karet
sedikit hirisan timun
3 tangkai cili hijau




Bahan sampingan atau saladnya yang mana sedap dimakan bersama nasi kabsa...




Okeyy..jom cuba...




           Okeyyy...Enjoy...












2 comments:

  1. Wah rajinnya Kak uj..mesti best rasa nasi ni berganding pula dengan ayam yang mengiurkan tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe wana..entah nape plak ek uj terrrajjin nak buat...;)

      Delete