mytasteindonesia.com

Monday, 19 January 2015

ASAM PEDAS IKAN TERUBUK UNTUK SANG SUAMI...






Assalamualaikum...
Salam sejahtera buat semua teman yg Uj hormati.
Apa kabar semua.Uj doakan agar kesemua teman-teman Uj sentiasa berada didalam keadaan sihat-sihat yer.






Ok..hari ni Uj nak kongsikan menu tengahri Uj untuk arini ni iaitu asam pedas ikan terubuk.salah satu menu peberet cik suami Uj.Sebut jer ikan terubuk pasti ada yang fobiakan dengan ikan yang banyak tulang ni.Tapi bagi peminat tegar ikan terubuk..tak kisahkan janji sodap...Pasti sukakan rasa lemak-lemak ikan terubuk ni..apa lagi kalau dibuat asam pedas fuhhh..berpeluh-peluh duk ratah nak leraikan daging dari tulangkan...Selalunyalah ikan terubuk ni Uj masak asam pedas atau dipanggang jer.Bagi Uj sangat sesuwaiiilah akan rasanya. Versi Uj kalau masak asam pedas ni,Uj suka blend sedikit daun kesom serta setangkai bunga kantannya sekali dengan  bahan kisar.Sebabnya Uj sukakan akan kuahnya yang beraroma daun kesom dan bunga kantan bila dihirup.Oklah takmo celoteh panjang-panjang.... jom la ke resepi...






Bahannnya...

1 ekor ikan terubuk dibersihkan


Bahan kisar halus:

1 biji bawabg besar*
4 ulas bwg putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
 sedikit belacan*
segenggam cili kering*
beberapa tangkai daun kesom ambil daunnya*
1 kuntum bunga kantan*
sedikit kunyit hidup*

Bahan tambahan:


2 batang terung ungu panjang dibelah 2 dan dipotong 4
2 btg serai diketuk
sedikit air perahan asam jawa ( uj guna pes adabi)
beberapa tangkai daun kesom
1 kuntum bunga kantan dibelah 2
sedikit  garam serta perasa (optional)
sedikit halba dan biji sawi
1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
2 mangkuk air ( ikut citasara..jika nak pekat kurangkan .Jika suka kuah yang cair lebihkan)
sedikit myk utk menumis


 Cara:

1.    Bersihkan ikan terubuk yang telah dipotong dan gaulkan dgn sedikit air perahan limau kasturi.
       Biarkan sebentar dan kemudian dibasuh dan ditoskan
2.    Add myk dalam periuk.Bila myk dah panas addkan biji sawi ,serai ketuk serta halba
3.    Addkan bahan kisar dan masak sehingga pecah minyak.Bila dah pecah minyak addkn air
       perahan asam jawa.Kacau rata.
4.    Addkan ikan gaul rata dan biarkan ikan masak bersama bahan tumis.Tutup periuk.
5.    Bila ikan dah mesra bersama bahan tumis addkan air dan kacau ikan perlahan-lahan.
6.    Biarkan kuah mereneh seketika.Bila kuah dah mereneh addkan garam, lada hitam tumbuk serta
       perasa.kacau perlahan. Addkan terung yang telah dipotong-potong.Kacau rata.Bairkan kuah
       merenek seketika.
7.    Akhir sekali addkan bunga kantan serta daun kesom.Kacau rata dan angkat.



Okey..makan bersama nasi panas telur dadar .....Alhamdulillah rezeki untuk arini...








              Okeyy Enjoy....










14 comments:

  1. wah nampak pekat kuah asam pedas tu..mesti sedap ni..favourite wana tu kak uj.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear wana..sama lah kita ..klu makan siap hirup kuah skali...

      Delete
  2. Mengancam habis kak UJ :D

    salam ukhuwah

    http://crocodillenest.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Ikan terubuk ni memang bercinta nak makan. Tapi memang sedap masak begini. Masak berkuah bahagian ekor dan badan. tang kepala surrender nak makan. Harus goreng saja. hiihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mel mmg bahagian tengkuk ke kepala tu mmg byk tulang..halus2 jer tulangnya..klu makan tu kena hati2....

      Delete
  4. Ohhhh sedapnya asam pedas..!!!

    ReplyDelete
  5. salam singgah.. tak pernah merasa ikan terubuk ni yang fresh .. biasanya dapat yg ikan masin tu.. memang banyak tulang hii.. rasa tak sanggup nak makan pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam wani..tkasih krn sudi singgah yer..btul tu wani ramai yg fobia nk mkn ikan ni sbb tulang banyakkan...;)..tapi akak dh biasa..rasanya lemak2..

      Delete
  6. wowww... gambar nampak sedapnya... best jugak kalau blender daun kesum dengan bunga kantan kan... bau mesti power tu... mesti best tu kan... sedapnya ikan terubuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg btul tu najib..lagi harum aroma nya dan lagi sedap rasanya..idea dari chef tersohor kita..chef wan..penah tguk chef wan masak asam pedas disatu siaran di tv.Beliau blend sdikit bunga kantan dan daun kesomnya..

      Delete
  7. Aduhai terubuk! Teringin nak makan.... tapi sayangnya di tempat kami tak ada jual terubuk. Nak makan terubuk kenalah tunggu balik kampung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai amie...sama la kita ikan terubuk mmg mnjdi kegemaran...sabar dear..kena carik terubuk dlu..;)

      Delete