mytasteindonesia.com

Monday, 12 January 2015

PUDING KEREMEL PERASA KOPI






Assalamualaikum...
Salam sejahtera buat semua teman yang Uj sayangi....
Alhamdulillah..bersua kembali kita setelah kesian lama Uj menyepikan diri..Bila dah lama tak menaip ni..malas pulak rasanya nak mngetuk keyboard.Ilham pun takder.
Walaubagaimana pun Uj paksakan jua diri ni untuk berkongsi resepi yang sekadarnya buat semua teman-teman Uj..
Resepi ni dah lama didalam simpanan Uj .Disebabkan Uj sibuk dengan urusan seharian memaksa Uj untuk menjeruk dulu resepi ni hehe...





Ekceli Puding keremel ni dah biasa Uj buat..Tapi kali ni Uj cuma tambah perasa kopi jer pada adunana puding ni..Ermm tak menghampakan rasanya...Masih tetap sedap lagi pada tekak Uj..Resepi asalnya di sini.Dimana Uj intai dari blog Azie kitchen.
Uj pernah juga buat sebelum ni di sini.Disebabkan rasanya yang sedap sangat maka selalulah Uj membuatnya.Terutamanya anak Uj suka benar dengan puding  keremel ni.Berkali-kali anak dara ni makan.Kali ni Uj buat secara bath steam pulak.Masak puding ni didalam oven seperti kita membuat kek keremel @ japanese cheese cake.Uj menggunakan api dibahagian bawah sahaja.Memang  wallahh...strukturnya lagi halus..dan lagi sedap rasanya pada tekak Uj.Gula keremelnya juga Uj hanguskan sedikit.Sebabnya Uj nak dapatkan rasa air gula yang pahit-pahit sedikit...

Oklah kali ni Uj pelbagaikan lagi rasanya dengan perasa kopi pulak..Uj guna nescafe mild 3 in 1.
Ok jom ke resepi....





Puding Karamel - Resepi II
Untuk: 20 bekas


Untuk puding:

1 tin susu pekat manis (kurangkan jika tak suka manis)
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 telur - buang mata ( Uj guna 5 biji telur dibuang tapi pusatnya)
1 sachet nescafee mild 3 in 1 
 secubit garam ( Uj tambah) 
 sedikit esen vanila


Untuk keremel:

11/2 cwn gula pasir
3 cawan air


Bahan tambahan:

air panas untuk diisikan kedalam dulang pembakar
Sedikit mentega untuk disapukan disekeliling remekin

Cara cara:
 
 
1.    Untuk membuat keremel satukan gula dengan air.Masak diatas api yang perlahan sehingga gula
       menjadi air gula yang berwarna perang.Bila air gula dah menjadi perang ,ketepikan.
2.    Ambil remekin.Sapukan keliling remekin dengan sedikit mentega.Tuangkan air gula tadi
       kedalam remekin dengan menggunakan sudu.Ketepikan.
3.    Panaskan oven 250 degree.
4.    Satukan bahan puding dan kacau sebati perlahan-lahan.Bila kesemua bahan dah sebati,tapiskan.
5.    Setelah ditapis,masukan adunan kedalam mangkuk remekin tadi.
6.    Masukan remekin kedalam dulang dan tuang air panas kedalam dulang ( seperti membuat
       japanese cheese cake).Masaklah secara bath steam @ steam bath..Masak sehingga puding masak.
7.   Bila puding dah masak sejukan terlebih dahulu kemudian barulah diterbalikan diatas piring...





Ermmm...jom intai..




....Dan hasilnya......






            Okeyyy Enjoyyy..










8 comments:

  1. lama tak namapk kak uj ni. Sekali dia keluar, dengan puding gitu.. Mel tak terbuat2 lagi puding karamel ni. Udah bukan penggemar makanan manis le katakan. Tapi kalau tengok oran glain update, teringin juga..uhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer la mel sibuk sgt rasanya dgn tugas harian..tulaa lama nau UJ duk mghilangkan diri..hehe

      Delete
  2. Assalam Kak uj..

    Lama x singgah sini..unik dan lain dari yang lain ni Kak..jarang ada rasa kopi..mesti sedap rasanya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam wana..hehe sajer nk try rasa kopi plak...kita buat dia kan huhu...

      Delete
  3. salam singgah.. lama x komen sini... .. dah lama x buat puding karamel ni..:))

    ReplyDelete