mytasteindonesia.com

Friday, 6 February 2015

CHILLED BLUEBERRY CHEESE CAKE WITH STRAWBERRY FRUITS





Assalamualaikum...
Salam jumaat ..salam penghulu segala hari...dan salam sejahtera buat semua teman yang Uj sayangi.
Dah lama Uj tak membuat kek..Entah kenapa pulak semalam mak sedara calling-calling suruh Uj buat kan sebijik kek cheese untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak bujangnya.
Ya..ampunn..mood nak menngodek kek memanglah kelaut sekarang ni..huhu...Puas jugak Uj bagi macam-macam alasan..tapi last-last tewas jugak Uj dengan pujukan rayunya..Bila dah rela ...terpaksalah gi carik bahan kat kedai bakery yang berhampiran.

Okeyla..ni la hasilnya...airtangan dari orang yang tak berapa nak berseni sangat ni..





Secara kebetulan Uj memang penah buat cheese cake ni dulu dan pernah juga dijadikan sebagai buah tangan bila Uj datang bertandang ke rumanhnya dulu.Tapi Uj tak pernah pun kongsikan  resepinya didalam blog sebabnya terrr amatlah malasnya nak mengupdate blog.Pastu maksedara ni calling-calling pulak request kek cheese yang sama sekali lagi ...Katanya tak puas makan.Semua ahli keluarganya suka..Sedaplah tu kan hehe..Alhamdulillah...Uj pun suka cheese cake ni..Rasanya cheesenya tak berat sangat...bila makan terasa seakan-akan tiramitsu dan dengan kerangupan biskut oreo didasarnya ditambah pulak dengan kelazatan blue berry fruits filling..yumyum...Cer bayangkan.....makan sambil lelap-lelap mata...








Okey bagi sesiapa yang nak mencuba dialu-alukan..Jom kita ke bahannya...




Bahan:

Utk base:
240 g biskut oreo ( uj guna oreo small crushed cookies pieces)
3 sudu bsr metega

Cara:

Gaul biskut oreo yang telah sedia hancur dengan mentega sehingga boleh dikepal.
Kemudian tekan biskut dalam loyang lose ring dan simpan
dalam peti sejuk selama15 ~ 20 minit atau bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu
pun bole gak suhunya dlm 160 degree selama10~12 minit)


Bahan utk filling:



500 g krim cheese ( Uj guna tatura)
380 g susu pekat
2  sudu teh serbuk gelatin halal dicampur dgn 1/4 cwn air mendidih ( biar gelatin tu larut )
1/4 cwn whipping cream ( UJ guna jenama value pride)
sedikit blueberry fruits filling utk topping.

Cara:

1.      Putar krim cheese lembut.Addkan susu pekat dan larutan gelatin.Pukul lagi sehingga sebati.
2.      Addkan whipping cream dan pukul rata lagi sehingga sebati.
3.      Tuangkan adunan cheese kedalam  loyang biskut tadi.
4.      Sejukan kedalam petisejuk semalaman sehingga cheese nya mengeras.
5.      Keluarkan dari petisejuk longgarkan loose ring dan sapukan bluberry fruits filling diatas
         kek dan hiaslah mengikut citarasa anda..




Okey jom cuci mata....











Cuci mata lagi....nak potong tak boleh..orang punya...










             Okeyy..Enjoy...





















4 comments:

  1. Salam singgah.. ya Allah menggoda ciz kek tu... ohh yg ni no bake ya.. tak pernah nak try buat pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam wani taksih krn sudi singgah..terguda..ya ampun wani..cer buat..resepi dah ada tu..;) taksih krn sudi digoda yer...

      Delete
  2. serius chez kek akak tu menggoda sangat2..terliur dah ni tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wana cyg...terguda jugakk..alahai.tkasih....silakn mencuba yer..;)

      Delete