mytasteindonesia.com

Thursday, 12 February 2015

KEK KEJU MELELEH VERSI ROS JINTAN MANIS..





Assalamualaikum....
Salam sejahtera buat semua teman..
Dulu ramai orang teruja dengan kek keju meleleh ni..Orang kata kalau makan tu sambil lelap-lelap mata kerana nak menikmati akan keenakan rasanya.Teruja sungguh nak mencubanya.Seperti biasalah..kalau nak mencuba resepi tu sukalah mintak tolong kat En.Google.Tak jumpa pulak Uj resepi yang sesuai..Dah cuba membuatnya tapi..tak menepati citarasa kami sekeluarga...Masih lagi mencari resepi yang diingini....




Uj pun terus cari dan mencari resepi yang benar-benar sesuai..Tetiba jumpa resepi ni di dapur Rosmarlina disini.Tergoda sungguh Uj dengan resepi kek keju meleleh  versi Ros ni.
Kepada yang berminat bole lah intai-intai resepi asal diblog ros jintan manis ni...
Terima kasih Uj kepada ros jintan manis kerana sudi berkongsi resepi yang amat sedap pada tekak Uj ni..Satu family Uj sukakannya.....yumyum....Terdengar desas desus kat belakang tu mintak dibuatkan lagi.Katanya tak puas makan huhu....Seperti biasa Uj mohon maaf pada Ros kerana Uj ada buat sedikit tokok tambah pada resepi ni berdasarkan bahan yang Uj ada..
Izinkan Uj panjang-panjangkan lagi resepi yang sedap ni di sini yer...




 Okey jom kita tinjau resepi yang mabless ni...



Kek Keju Meleleh Cara Ros Jintanmanis.Com
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com


Bahan-bahannya
150gram tepung gandum  ( uj guna tepung naik sendiri)
70gram tepung jagung
120gram gula
2 biji telur
70ml fresh cream atau susu segar ( Uj guna susu segar)
1 penutup esen vanila
74 gram butter atau majerin yang dicairkan
1/2 sudu besar ovallete
2 sudu kecil baking powder ( kalau guna tepung naik sendiri skip)
sedikit garam ( uj tambah)




Bahan untuk membuat sos keju






250 gram cream cheese ( disarankan guna philidelphia cream cheese) Uj guna tatura
250 ml fresh cream @ whipping cream @ heavy cream ( uj guna whiiping cream jenama pride)
5 sudu besar susu pekat manis ( uj 60 ml)
2 sudu besar susu cair ( Uj tambah)
1 sudu kecil jus lemon ( uj x letak)



Cara-caranya


1.   Panaskan oven 170 degree.Sediakan dua loyang.Sapu loyang dengan sedikit mentega dan letakan
      kertas minyak dan ketepikan.
2.   Ayak tepung jagung ,garam dan tepung gandum.Ketepikan.
3.   Satukan telur,gula,esen vanila dan ovellette.Putar dengan kelajuan yang tinggi sehingga telur
      menjadi putih dan kembang.
4.   Bila aduanan telur dah kembang,masukan tepung berselang seli dengan susu cair dengan kaedah
      kaub balik sehingga sebati
5.   Akhir sekali masukan mentega cair dan kaub balikan lagi adunan sehingga semua bahan sebati.
6.   Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
7.   Satu adunan dibiarkan plain dan satu aduanan lagi  addkan 3 sudu besar serbuk koko yang telah
      diayak dan tambahkan juga 3 sudu besar susu cair.
8.   Masukan aduanan kedalam loyang dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak. 


Buat krim Keju Meleleh


1.   Putar krim keju,susu pekat,susu cair dan whipping krim sehingga kesemua bahan sebati dan
      adunan menjadi licin dan tak berketul.Ketepikan


Cara Melapis Kek Keju Meleleh ( Uj buat dua lapis, bawah vanila atas rasa coklat)


1. Potong dua kek yang siap dibakar tadi, ( pastikan kek betul2 sejuk baru dipotong ) kemudian masukkan kembali di dalam bekas, tuangkan krim keju meleleh tadi dan lapiskan atasnya dengan kek vanila atau kek coklat, jadinya akan jadi dua rasa lah, tak mahu buat berlapis pun takpa, boleh potong dua kek tadi dan sapukan rata  krim keju meleleh tadi.
12. Sapukan rata krim keju meleleh dan lapiskan dengan kek perisa vanila atau coklat, curah baki  krim sos keju meleleh tadi lagi atas kek dan hias ikut kreativiti masing2.Parutkan keju ceddar diatasnya...




Yummeh..memang makan sambil lelap-lelap mata....




 Heavenly....






          Okey..enjoyy...




2 comments:

  1. Teruja betul dengan kek leleh ni.. in shaa Allah, ada masa Nurul nak try.. :))

    ReplyDelete