mytasteindonesia.com

Friday, 20 February 2015

NASI AYAM PALING SEDAP








Assalamualaikum...
Salam sejahtera buat semua teman dan salam jumaat serta salam penghulu segala hari..
Menu Uj dihari jumaat yang mulia ini ialah nasi ayam.Sebut jer nasi ayam pasti ramai orang sukakan.Salah satu resepi yang amat sedap pada selera Uj..Resepi dari dapur Azie kitchen di sini.
Tak sangka Uj makan pun boleh bertambah.Memang kenalah dengan selera kami sekeluarga.








Terima kasih pada Azie yang sudi berkongsi resepi yang sedap ni.Izinkan Uj panjang-panjangkan lagi resepinya di dapur Uj ni.Seperti biasa Uj ader membuat sedikit olahan didalam resepi Azie ni mengikut cara Uj..Jika inginkan resepi Azie yang asal boleh intai-intai resepinya di sini.
Bagi mereka yang peminat tegar nasi ayam ni bolehlah mencuba nasi ayam dari Azie kitchen ni.Rugi tau kalau tak cuba..yummehhh
Okey jom kita ke resepi.......








Nasi Ayam Paling Sedap

Lauk Ayam:
1 ekor ayam
Halia
Bawang putih
Bawang merah

Bahan perap:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan

Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.

Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.

Nasi Ayam:
 
sedikit mentega 
3 cwn beras wangi
31/4 air rebusan ayam
sedikit serbuk kunyit.(kalau tak suka nasi berwarna kuning..abaikan)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave) ( uj x letak)
1/4 cwn Susu full cream
Serbuk ayam
Garam
Gula
Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis

Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker. 

Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan serta 
sedikit serbuk kunyit.

Setelah naik bau masukkan 31/4 cwn daripada air rebusan ayam tadi, 1/4 cwn susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa. Kemudian tuangkan kedalam rice cooker tadi. Masaklah nasi seperti biasa.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

Sambal Cili
 
 
20 bj  cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia - saya tambah
1 sudu teh cuka ( Uj letak perahan limau kasturi)
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
sos cili

Blend cili merah  dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan perahan limau kasturi secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam tadi. Masak dengan api kecil sehingga likat.  


Sambal Kicap
 
Air kicap hasil perapan ayam tadi dicampurkan dengan sedikit air rebusan ayam tadi.Kemudian dimasak didalam kuali sehingga mendidih. 


Kuah Sup
 
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk , garam dan serbuk ayam.

Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.





Inilah nasi ayamnya....Uj gunakan beras biasa....






Ayam gorengnya......
Kuah kicapnya Uj tak buat sebab rakyat jelata dalam rumah tak berapa menyukainya..



Jemput makan......





            Okey  enjoyy...















8 comments:

  1. wah Umie sama lah nasi jugak menu kaknoor hari ni nasi ayam mmg fav anak2 jugak ni, cantik ayam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkasih knoor..cam brjanji jer menu kita...buat sendiri puas makan kan knoor...;)

      Delete
  2. wana x penah jemu makan nasi ayam kak uj..feberet..

    ReplyDelete
  3. wana sama lah kita...dear...peberet nasik ayam...;)

    ReplyDelete
  4. Tumpang tanya...dibawah tu, dibahagian sup..."Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk , garam dan serbuk ayam." ...tak faham jeruk apa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flower maaf lmbt reply resepi asal dri azie kitchen dcampur dgn jeruk air rebusan ayam tu..tpi umie skip..umie x letak jeruk..

      Delete