mytasteindonesia.com

Tuesday, 3 February 2015

RENDANG AYAM PENCEN




Assalamualaikum..
Salam sejahtera buat semua teman....
Selamat bercuti buat semua teman yang bercuti arini..dan bagi yang bekerja tu..huhu..dengan ucapan selamat bekerja lah yo...
Okeyy...arini Uj merendang.Dah lama gak Uj tak merendang..kali ni Uj buat rendang ayam  pencen jer.Teringin nak masak rendang ayam kampung huhu..tapi mana nak carik ayam kampung kan.Susah nak dapat ayam kampung ni..Petang semalam gi cuci mata kat pasar tani yang berhampiran dengan rumah, Uj terpandang pulak ayam pencen....






Tergolek-golek jer siayam tu bila dah siap dibakar.Cantik pulak tu.Kuning-kuning jer kulit dia..Uj terpikat terus rembat sekor..Tulah arini Uj merendang..Oklah jom lahh kita merendang ...







BAHANNYA:

1 ekor ayam pencen
1  btg kulit kayu manis
3  kuntum bunga lawang
3  ulas buah pelaga
1  sudu bsr rempah kari daging
1 sudu besar rempah kari ikan
3/4 cwn kerisik
7  btg serai dihiris halus dan diramas-ramas sedikit.
    santan dari 2 biji kelapa
    garam dan perasa (sedikit hirisan gula melaka)
    sedikit air asam jawa( Uj guna pes adabi)
    myk utk menumis
    sedikit air utk mengempukan ayam



Bahan kisar A:*

1 biji bwg bsr*
10 ulas bwg kecil*
7 ulas bwg putih*
3 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 inci kunyit hidup*
segenggam cili api* ( ikut tahap kepedasan)
7 btg serai *
3 helai daun limau purut dibuang urat tengahnya ( optional)


Bahan B  ( digoreng tanpa minyak kemudian dikisar kering )



1/4 cwn jintan manis#
1/4 cwn jintan putih#
1/4 cwn ketumbar#
1/2  sdu bsr lada hitam #

Cara:

1. Potong ayam, basuh gaul dengan sedikit kunyit serbuk dan perahan limau nipis.Basuh bersih
    dan ditoskan airnya.ketepikan.
2. Goreng bahan kisar B tanpa myk sehingga naik bau dan kisar kering.Ketepikan.
3. Kisar  bahan kisar A  *.Ketepikan
4. Panaskn myk add bahan kisar A *.Addkan juga kulit kayu manis,bunga lawang serta buah pelaga
    Addkan juga serbuk rempah kari.Kacau rata sehingga naik bau dan terbit minyak.
5. Bila dah terbit myk, addkn ayam kacau biar daging empuk.( klu x empuk bole tambah air sedikit)
6. Bila ayam dah agak2 empuk add kan santan.Kacau selalu sehingga kedasar supaya x hangus .
7. Biar santan memekat dgn api yg perlahan.Kacau sentiasa.
8. Bila rendang dah memekat addkn garam,gula melaka  serta  perasa (optional),serai yg telah dihiris
    serta sedikit air asam jawaKacau rata.
9. Addkan sekali daun limau purut.Akhir sekali addkan kerisik.Kacau rata.Bila kuah rendang dah
    mula kering dan rendang dah mula terbit minyak.Kacau rata dan tutup apinya.
10.Sedia utk dihidangkan...sedap dimakan bersama nasi yang panas.
















Uj kalau buat rendang suka buat pedas-pedas sikit..Tpi bagi mereka yang tak tahan pedas boleh kurangkan penggunaan cilinya...















   Okeyy..Selamat merendang....


















No comments:

Post a Comment