mytasteindonesia.com

Friday, 14 August 2015

CHILI CRAB.... LEKANYA MERATAH







Assalamualaikum....

Salam sejahtera buat semua teman...Okey..kali ni Uj nak kongsikan satu resepi " bile dah makan pasti menggaru "...hehe..iaitu ketam bercili,dalam bahasa omputihnya chili crab...kalau makan chili crab ni nasi kena makan sikit jer tau yang selebihnya agenda meratah..huhu..memang asyikkkk.Dek kerana kesedapan chil crab ni sampaikan Uj tidur pun nk hisap jari gak huhu...Memang Uj bagi kredit lah kepada yang empunya resepi..Haaaa..sapa lagi kalau tak chef tersohor kita iaitu "chef Wan"








        Uj memang dah lama mengintai resepi chili crab dari chef wan ni,tapi diatas kengkangan masa Uj tangguhkan dulu.Tapi semalam bila Uj ternampak ketam kat pasar besar-besar..Uj teruja sangat nak nerai chili crab versi chef wan ni,dan Uj pun rembatlah ketam tu 3 ekor...rasanya berbaloi sangat-sangat sebab isinya besar dan padat.Tentu puas makan...
Ok la.. jom tinjau resepi chili crab ni...Biasalah Uj ada membuat sedikit perubahan.Jika chef wan letak nenas ..Uj  tak letak sebab maunya x makan nenas tu kang..dan Uj pun ada membuat sedikit tokok tambah keatas sukatan bahannya,memandangkan Uj lebihkan bilangan ketamnya...okey jer kan....




Resepi:   Best Wan AFC

Bahannya:

Bahan A:

3 ekor ketam
3 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
1 biji telur dipukul

Cara:

1.     Ketam dibersihkan dan dibelah 2.Lap ketam mengguna kan kitchen towel,untuk keringkan
        airnya agar mudah disalut dengan bahan salutan.
2.     Addkan sedikit garam,telur yang telah dipukul sedikit serta tepung jagung.
3.     Gaul rata keatas ketam.Ketepikan.


Bahan B: ( bahan kisar )

7 tangkai cili besar
2 sudu besar serbuk cili
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit air untuk mengisar bahan

Bahan C:

1 tin kecil tomato puree
4 sudu besar cili sos
sedikit cuka masakan putih
sedikit garam
sedikit gula
1 biji telur yang dipukul sedikit
sedikit perasa(optional)
minyak untuk menggoreng


Caranya:

1.     Panaskan minyak.Bila minyak dah panas goreng ketam yang telah diperap tadi sehingga
        setengah masak.Angkat
2.     Dengan minyak yang berbaki didalam kuali, goreng bahan kisar sehingga masak dan pecah
        minyak.
3.     Bila cili dah pecah minyak addkan tomato puree,sos cili,sedikit cuka putih dan gaul rata.
4.     Biarkan kesemua bahan masak sebati.
5.     Bila kesemua bahan dah sebati addkan gula garam serta perasa.Gaul rata.
6.     Masukan ketam.Gaul rata.Pecahkan sebji telur yang telah dipukul sedikit tadi kedalam kuali.
7.     Gaul cepat-cepat ketam dengan telur sehingga rata.Biar kesemua bahan dah sebati,angkat
        dan sedia untuk dihidangkan....






*Boleh jer kalau nak diletakan daun limau purut sedikit kedalam bahan tumis..lagi wangi ader aroma bau daun limau purut dan ala-ala chili crab ala thai...

*   Boleh jer dilebihkan sukatan kuahnya jika suka cili  crab ni berkuah sedikit.Terpulang kepada kesukaan memasing.

*Bagi Uj ..Uj suka sambal cilinya yang berkuah sedikit ala-ala sambal gitew, sebab senang nak meratah..yumyum....



   Rasanya yang pedas-pedas cili sedikit diikuti pula dengan rasa manis-manis gula..masin-masin garam serta masam-masam tomato puree..aduh asikkkk  sekali..makan sambil menjilat jari...



            Okey..Enjoy...









2 comments: