mytasteindonesia.com

Saturday, 15 August 2015

CUCUR LABU MANIS






          Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua teman...
Kengkawan pernah tak makan cucur labu.Pasti ramai yang biasa makan kan..Sedapkan...Sape yang tak pernah makan tu ..pekata jom cuba buat..Kalau dah buat sekali pasti nak buat berkali-kali...
          Oklah jom Uj kongsikan resepinya.Uj kalau buat cucur labu ni suka dikukus jer labunya.Boleh juga direbus.mana yang senang la kan...
          Dalam membuat cucur labu manis ni sukatan nya Uj main agak-agak jer cam kita buat cucur tepung juga...Tapi bagi kengkawan yang belum pernah buat dan teruja nak mencuba ..okeyla Uj kongsikan resepinya...



Bahannya:


1 cwn labu manis dilecek
1 cwn tepung gandum ( boleh ditambah jika perlu)
4 sudu besar gula ( boleh tambah jika suka manis)
sdikit garam
sedikit air (ikut kesesuaian tepung )
minyak untuk menggoreng



Caranya:

1.    Satukan tepung ,labu lecek ,garam serta air.
2.    Gaul kesemua bahan sehingga serata.Kalau bancuhan keras boleh ditambah sedikit air...dan
       jika adunan lembek boleh ditambahkan sedikit tepung.
3.    Panaskan minyak.
4.    Bila minyak dah panas jemput sedikit adunan tadi dengan menggunakan tangan dan terus
       masukan aduanan kedalam minyak yang panas.Berhati-hati agar tangan tak tercelup kedalam
       minyak.
5.    Buat lah sehingga aduanan habis...
6.    Masaklah sehingga adunan menjadi kekuningan.Toskan minyaknya dan bolehlah dihidangkan..





Uj kalau membuat cucur suka menggunakan tangan..sebabnya cucur tu akan menjadi bulat-bulat jer
berbanding dengan meggunakan sudu...Walau bagaimana pun terpulanglah pada cara memasingkan...









            Okey  Enjoyy...







7 comments:

  1. tak pnh rs lagi cucur labu..biasa beli labu nk bt sira je..org klate kan hehee..lain kali bleh cuba bt cucur plak..nmpk lembut je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke yana..sedap tau cuba la.....;)

      Delete
  2. Terima kasih resepi simple tak pening nak baca. Nak impresskan mak pepagi ni. Peace ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf uj lambat reply..bole suba resepi ni salim

      Delete
  3. Terima kasih diatas perkongsian resipi :). Nanti nak Cuba lah.

    ReplyDelete
  4. Tiba-tiba rasa nak buat cucur labu.... tak pernah buat sendiri

    ReplyDelete