mytasteindonesia.com

Wednesday, 26 August 2015

HOKKAIDO CHIFFON CUP CAKE












Assalamualaikum...
Selamat sejahtera buat semua teman..
Sejak kebelakangan ni mood terajin nak membaking kembali membara..Walaupun Uj sibuk dengan urusan harian ,Uj gigih jugak curi-curi masa untuk membaking..Entah kenapa anak tekak yang dah veteren ni terasa-rasa macam nak makan kek jer..adoyaiiii...





     Nampak kawan  duk tayang hokaiddo cup cake..aduh teruja pulak jiwa yang lara ni nak membuat..Uj google resepi jumpa resepi kt rumah si hana di sini..teruja sangat tenguk kek si hana ni...makanya Uj malas nak mencari lagi..Uj guna kan jer resepi si hana..Memang sedap kejadiannya...
  Terima kasih kepada hana kerana sudi berkongsi resepi..Izinkan Uj kongsikan resepinya disini yer..untuk rujukan UJ dimasa yang akan datang..Maaf Uj olah resepinya mengikut kesesuaian bahan yang Uj ada...Sesiapa nak resepi dari hana boleh lah intai disini



RESEPI HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
sumber : Sonia Nasi Lemak LoverMat Gebu
olahan : hanamemories

Bahan-bahan..


Bahan A
  • 4 biji kuning telur gred B
  • 20 g gula kastor
  • 35 g minyak masak
  • 60 ml susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 70g tepung kek 
  • secubit garam



  • Bahan B
  • 4 biji putih telur gred B
  • 30g gula kastor


Bahan C (Krim Kastad by honey)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 4 sudu besar gula
  • 200ml  susu segar
  • 1 biji telur (L size)  - Uj skip
  • 1 sudu besar mentega




Cara-cara




  • Panaskan oven suhu 170. Ayak bahan yang bertanda * dan ketepikan.
  • Dalam mangkuk, satukan kuning telur dan gula kastor  dan pukul sehingga berkrim. 
  • Masukkan esen vanila, susu cair dan minyak jagung. Kacau sebati. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji. Ketepikan.
  • Pukul bahan B hingga bertanduk @ meringue ( terbalikkan tak jatuh ). Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik rata.
  • Masukkan ke dalam cup 3/4 penuh. Bakar selama 20minit atau sehingga masak.



  • Penyediaan krim kastad - Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sehingga tidak berketul. Masak sehingga pekat.Bila dah sejuk paipkan ke dalam cupcakes menggunakan nozel. Siap dihidang.




                            jom cuci mata...






                             jom kita bukak aurat dia sikit....




 

         Okeyyy enjoyyyyy..














No comments:

Post a Comment