mytasteindonesia.com

Tuesday, 25 August 2015

KEK TIRAMISU ALA-ALA KEK KEJU BERSALJI









Assalamualaikum....
Salam sejahtera buat semua teman....
Hari ni Uj ada mood untuk membaking, sebabnya nak sangat makan kek tiramisu...Uj buatlah dalam satu adunan..secara kebetulan ada pulak tetamu datang bertandang..memang rezeki dioranglah agaknya.Sekejapan jer keknya habih licin..Siap ada yang jilat sudu lagi..Alhamdulillah..ramai yang menyukainya...






Resepi span kek ni  Uj intai di sini.Kepada yang nak original resepi boleh intai disitu yer.Terima kasih kepada yang empunya resepi iaitu sweet 4ever diatas resepinya.Memang lembut gilos la keknya..ala-ala kek kat kedai...Memang tak rugi mencuba..Uj buat kek span coklat..Uj olah mengikut bahan yang Uj ada.Ok lah takmo buang masa sangat sebab masa begitu berharga sekarang  apa kata jom ke resepi..








Bahannya:

120 g tepung superfine* diayak
30 g serbuk coklat*diayak
1 sdu teh serbuk penaik * diayak
sedikit garam ( uj tambah) *diayak
150 g gula kastor
6 biji telur gred B ( kalau gred A 5 biji)
1 sdu besar ovelette
80 ml susu cair
80 ml minyak jagung ( bole jer guna minyak masak)
sedikit esen vanila


Caranya:

1.   Satukan  tepung,garam,serbuk penaik serta serbuk koko.Ayak kesemua bahan.Ketepikan.
      Panaskan oven dengan suhu 170 degree dan sapukan loyang dengan sedikit mentega serta rata
      dengan sedikit tepung.
2.   Dalam mangkuk pemutar kek satukan bahan ayak tadi,gula,telur serta ovellete.
3.   Putar dengan kelajuan yang tinggi selama 5 minit sehingga adunan benar-benar gebu dan pekat.
4.   Perlahankan pengadun, addkn susu  cair serta esen vanila.
5.   Putar lagi dengan kelajuan yang tinggi sehingga seminit  dan bahan menjadi sebati.
6.   Tuangkan minyak kedalam adunan dan kaub balikan adunan dengan menggunakan spektula atau
       senduk kayu sehingga minyak sebati sahaja.( Jangan terlebih adunan nnti kek tak cantik naiknya)
7.    Masukan adunan kedalam bekas dan bakar sehingga masak( Uj gunakan api bawah sahaja)
8.    Bila kek dah masak cucuk dengan lidi.Jika lidi keluarnya bersih ,itu bermakna kek dah masak.
9.    Keluarkan kek dari dalam oven dan terus terlangkupkan kek diatas redai supaya kek tak
       mendap ditengah-tengah.
10.  Sejukan kek dahulu sebelum melapis.



Untuk topping


300 g krim cheese ( uj guna tatura)
300 g whipping cream ( Uj guna jenama value )
6 sudu besar susu pekat.
Sedikit parutan keju cheedar
sedikit serbuk koko
sedikit air nescafee tanpa gula


Cara:

1.    Satukan krim cheese dengan susu pekat.Putar sebati
2.    Addkan whipping cream dengan kelajuan yang tinggi putar sehingga pekat.

Cara untuk melapis.


1.   Kek yang telah sejuk tadi dipotong dua.Sapukan sedikit air nescafee diatas kek.Kemudian
      sapukan bahan krim cheese tadi diatas  kek.Taburkan serbuk koko meliputi atas kek.
2.   Ambil sebahagian kek lagi lapiskan diatas kek yang telah ditaburkan serbuk koko tadi.
      Sapukan sedikit lagi air nescafee diatasnya.
3.   Kemudian sapukan kesemua krim cheese tadi diatas kek.Parutkan keju cheddar diatas kek tadi 
      meliputi keseluruhan kek tadi.
4.   Simpan didalam peti sejuk dan sedap dimakan...







 * Struktur keknya  teramatlah gebunya.Amat sesuai dijadikan kek harijadi atau pun kek yang  sewaktu dengannya...






 Yumyum...chezzzy sesgt...sekali makan nak berkali-kali..Hilang diet...






            Okeyy enjoyyyy...






2 comments:

  1. wow..sedap dan menarik buat kek tiramisu macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkasih wana..ramai yang repeat order....

      Delete