mytasteindonesia.com

Saturday, 29 August 2015

KEK TIRAMISU









Assalamualaikum....
Masih lagi dalam mood membaking.Kali ni UJ Bekerajinana pulak nek membuat kek tiramisu.Memacam jer tekak ni....Ok lah...
Untuk kek span nya Uj masih lagi menggunakan resepi kek span  sweet 4ever dari MyRsepi disini.Sebabnya Uj teramatlahhhh suka sekali dengan kegebuan serta sruktur keknya..walahh...Terima kasih kepada sweet 4 ever kerana sudi berkongsi resepi kek sepan yang mabless ni..






Untuk resepi tiramisu Uj kali ni Uj banyak tokok tambah bahan mengikut bahan yang Uj ada..seperti penggunaan susu cair ..Uj gantikan dengan nescafee  3in 1 sebabnya Uj  nak lebihkan rasa kopi dalam keknya....Caranya Uj bancuh 1 cawan nescafee 3 in 1 dan Uj sukat sebanyak 80 ml digantikan sebagai susu cair.Untuk melembabkan permukaan kek ni juga Uj gunakan lebihan bancuhan nescafee 3 in 1 tadi sebelum  dlapiskan dengan krim cheese.Begitu juga dengan penggunaan gulanya dari gula kastor Uj gantikan kepada gula perang.

Okey la..jom Uj kongsikan resepinya...






Bahannya:

120 g tepung superfine* diayak 
30 g serbuk coklat*diayak
1 sdu teh serbuk penaik * diayak
sedikit garam ( uj tambah) *diayak
150 g gula perang
6 biji telur gred B ( kalau gred A 5 biji)
1 sdu besar ovelette
80 ml nescafee 3 in 1
80 ml minyak jagung ( bole jer guna minyak masak)
sedikit esen vanila


Caranya:

1.   Satukan  tepung,garam,serbuk penaik serta serbuk koko.Ayak kesemua bahan.Ketepikan.
      Panaskan oven dengan suhu 170 degree dan sapukan loyang dengan sedikit mentega serta rata
      dengan sedikit tepung. 
2.   Dalam mangkuk pemutar kek satukan bahan ayak tadi,gula,telur serta ovellete.
3.   Putar dengan kelajuan yang tinggi selama 5 minit sehingga adunan benar-benar gebu dan pekat.
4.   Perlahankan pengadun, addkn nescafee 3 in1 serta esen vanila.
5.   Putar lagi dengan kelajuan yang tinggi sehingga seminit  dan bahan menjadi sebati.
6.   Tuangkan minyak kedalam adunan dan kaub balikan adunan dengan menggunakan spektula atau
       senduk kayu sehingga minyak sebati sahaja.( Jangan terlebih adunan nnti kek tak cantik naiknya)
7.    Masukan adunan kedalam bekas dan bakar sehingga masak( Uj gunakan api bawah sahaja)
8.    Bila kek dah masak cucuk dengan lidi.Jika lidi keluarnya bersih ,itu bermakna kek dah masak.
9.    Keluarkan kek dari dalam oven dan terus terlangkupkan kek diatas redai supaya kek tak
       mendap ditengah-tengah.
10.  Sejukan kek dahulu sebelum melapis.




Untuk sapukan sebagai topping atas dan layer kek bahannya:


500 g krim cheese tatura
500 g whipping krim (brand value)
1 cwn gula kastor
2 sdu teh esen vanila
sedikit serbuk milo ( boleh juga digantikan dengan serbuk koko.)

*    Boleh juga dibuat 1/2 aduanan......jika tak suka layer serta toping yang tebal...


Caranya:

1.     Satukan krim cheese dengan gula pukul sebati.
2.     Bila adunan krim cheese dah sebati dengan gula addkn whipping krim
3.     Dengan kelajuan tinggi putar kesemua bahan sehingga kental.


Cara melapis:


1.      Sejukan kek sepan terlebih dahulu.
2.      Bila kek dah sejuk potong layer kepada 4 bahagian.
3.      Letak kek kedalam loyang spring foam ( kalau x der pun x per).
4.      Sapukan sedikit bancuhan nescafee 3 in 1 keatas kek.Kemudian sapukan krim cheese diatasnya.
5.      Taburkan dengan serbuk milo.
6.       Lakukn juga keatas kek yang berikutnya sehingga habis keempat-empat layer.
7.      Yang diatas sekali taburkan sajer serbuk milo.Hiaslah mengikut krativiti memasing.
8.       Simpan didalam petisejuk sebelum dimakan....






                              creamy sesangat......terasa aroma kopinya...







   Nilah nescafee 3 in1 yang Uj gunakan dalam kek tiramisu Uj...berbaloi rasanya pada tekak Uj....


   Nota*  

     Dari pengalaman Uj jika Uj membaking kek span ni..Uj lebih suka sapukan dasar loyang serta sekelilingnya dengan sedikit  mentega kemudian ambil sedikit tepung gandum dan ratakan keseluruhan loyang.
     Hasilnya Uj akan dapat kek yang cantik tepinya  tak pecah dan senang  untuk dikeluarkan dari loyang..dan ditelangkupkan....







       Okeyyy Enjoyyyy


















No comments:

Post a Comment