mytasteindonesia.com

Tuesday, 13 October 2015

MUSHROOM SOUP BERBALOI BUAT SENDIRI









Assalamualaikum..buat semua teman.
Kali ni Uj nak kongsi resepi mushroom soup atau sup cendawan ala Pizza Hut tu..Alhamdulillah sedap pada tekak Uj.. Memang berbaloi membuatnya .Lain kali tak payah beli lagikan dan dah boleh buat sendiri..Bahannya pun simple jer, yang penting airtangan kita sendiri dan dihidangkan pulak untuk keluarga tersayang...
Untuk roti bawang putihnya pula..Uj gunakan roti gardenia biasa jer.Disebabkan malas nak carik roti lain.










Secara kebetulan stok roti gardenia ade pulak..makanya dengan kreaviti sendiri buatlah roti panggang bawang putih..Bila dibakar didalam oven..Semerbak jer baunya...Bila dah dicicah dengan mushroom soup tu ermm  sedap pulak rasanya...Resepi mushroom soup ni Uj intai di dapur Qaseh Honey.Kalau untuk resepi yang sama jugak bole gak lah intai di sini
Terima kasih kepada kengkawan yang sudi berkongsi resepi kesukaan ramai ni...
Okeylah..jom kita kebahannya...Tapi sebelum tu biasela..Uj buat berdasarkan bahan yang sedia ada didalam simpanan Uj...Uj tak letak ayam Uj hanya gunakan cemdawan butang yang didalam tin jer...









Bahannya:

1000ml air
500 ml susu segar
1 tin cendawan butang di cincang ( uj guna ayam brand)
21/2 ulas kiub ayam( uj lebihkan sebab Uj x guna hirisan daging  ayam)
1/2 cwn tepung gandum dicampurkan dengan 1 cwn air
sedikit garam
sedikit perasa,
sedikit serbuk lada hitam utk menghidang( jika suka)


Caranya..


1.     Masukkan 1000ml air kedalam periuk..Panaskan sekejap
2.     Bila dah mula mendidih masukan 500 ml; susu segar berserta kiub ayam.
3.     Dengan api yang perlahan biarkan susu mendidh sebentar dan kiub ayam larut.
4.     Bila susu dah mula mendidih addkan tepung yang telah dicampurkan dengan 1 cwn air tadi.
5.     Kacau rata tepung agar bersatu dengan susu..Tambahkan cendawan yang telah dicincang tadi.
6.     Perlahankan api biar bahan mereneh dan memekat diatas api.
7.     Bila bahan dah memekat, addkn sedikit garam serta sedkit perisa ajinomoto.
8.     Biarkan mereneh sebentar .Kacau selalu.Bila dah memekatdan sesedap rasa  bolelah
        dihidangkan
9.     Taburkan sedikit serbuk lada hitam diatasnya jika suk ketika menghidangnya..









Resepi untuk roti panggang bawang putih pula...

Bahannya:

 4  keping roti gardenia
 4 ulas bawang putih dicincang dan dilenyek halus dengan menggunakan belakang pisau
 4 ketul mentega


Caranya :


1.     Satukan mentega dengan bawang putih yang telah dilenyek halus tadi.Gaul sebati
2.     Panaskan oven 250 degree.
3.     Sapukan roti  dengan mentega yang telah digaulkan dengan bawang putih tadi .Kemudian
        potong roti kepada 4 bahagian.
4.     Susun didalam dulang pembakar.
5.     Bakar sehingga garing dan kekuningan.
6.     Ketika bakar gunakan api atas sahaja.



            Okey...Enjoyy....







5 comments:

  1. Assalam..sedap nih..dah lama berangan nak buat sup cendawan sendiri tp x buat2 jugak..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam julie..tunggu mood rajin dulu yer

      Delete
  2. sedapnyaa...nampak nyummyy sangat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik ecah silakn mncuba..mmg berbaloi...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete