mytasteindonesia.com

Friday, 13 November 2015

NASI BERYANI KAMBING MEMANG SEDAP SESANGAT..MEMANG UMPUHHH...







Assalamualaikum....salam sejahtera buat semua teman yang Uj hormati...Hari ni teruja pulak Uj nak kongsikan satu resepi nasi beryani kambing yang memang sedap.Resepi Uj intai dari dapur Azie...Memang lama dah Uj teringin sesangat nak menerai nasi beryani kambing ni.
Secara kebetulan stok daging kambing bersama tulang ada pulak didalam simpana.Lepas tu cam biasalah..bila Uj teringin  nak masak sesuatu menu tu  suka sangatlah intai -intai didapur kengkawan dulu..pastu tguk fedback dari rerakan yang dah mencuba.Carik punya carik ..Terjumpa pulak
 resepi ni  didapur Azie.Bila baca fed back dari mereka yang pernah mencuba resepi dari Azie ni..rata-rata memuji akan kesedapannya ...
Uj pun cubalah menerai test nak buat berdasarkan resepi yang dikongsikan oleh Azie..
Haaa...kau memang sedap Gilosss .....kembang lobang idung bila En.Hubby memuji akan kesedapan nasi beryani ni...







Uj buat semua berdasarkan step dari Azie cumanya ada sedikit bahan yang Uj tambah mengikut barangan yang ada pada Uj..Bahan rempahnya Uj gunakan rempah beriyani faiza....Okeylah bagi sesiapa yang nak mencuba  dan intai-intai resepi asal dari Azie ni bolelah ke sini.
Disini Uj ingin ucapkan ribuan terima kasih diatas resepi nasi beryani kambing yang sedap dari Puan Azie ni..Semoga Puan Azie dimurahkan rezeki selalu....







Untuk resepi Uj terus ambik dari blog Azie yer....


Nasi Beriani Kambing Pakistan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
9 keping kambing (dg tulang)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 biji buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar* ( uj guna rempah beryani faiezah)
1 sb serbuk jintan manis*
1 sb serbuk jintan putih*
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk 
1 ½ cawan yoghurt (banyak lagi sedap)
2 bay leave 
Minyak olive( Uj ganti minyak sapi)
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus 
½ cawan susu (optional)
pewarna kuning safron (uj skip)

Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
Daun mint
Badam & kismis, jika suka


Caranya:


1.       Perap kambing dengan  rempah beryani faizah,sedikit serbuk kunyit serta sedikit garam selama
          1 sehingga 2 jam.







2.     Panaskan minyak sapi didalam kuali..Addkan bawang besar yang dipotong 
        dadu,bahan kisar ,rempah penumis serta daun pandan.Masak sehingga 
        bahan berbau wangi.
3.     Kemudian Addkan daging kambing yang telah diperap tadi.Kacau rata 
        bersama bahan tumisan.Addkan sedikit air sehingga menutupi daging.
        Masak sehingga mendidih.
4.     Kemudian addkan yogurt bersama tomato dadu.kacau rata sehingga 
        kesemua bahan serata.Masak sehingga daging kambing menjadi empuk
        dengan api yang perlahan sehingga kuah memekat.
5.     Bila kuah dah memekat addkan sedikit garam,daun bay serta sedikit gula 
        mengikut citarasa.


Penyediaan nasi:


1.   Basuh beras,rendam selama 20 ~ 30 minit kemudian ditoskan airnya.Didalam
      periuk yang berasingan .Masukan air, sedikit minyak sapi,kulit kayu manis,
      buah pelaga.cengkih ,serta  bunga lawang sedikit garam serta daun bay.
      masak sehingga air mendidih.
      Bila air dah mendididh masukan beras yang telah ditoskan tadi dan masak
      lah sehingga nasi hampir nak masak tetapi tidak 100%.
      Kemudia keluarkan nasi dari periuk dan tapikan airnya seperti gamba
      dibawah.

    



2.   Kemudian ambil kentang yang telah direbus tadi.alaskan didasar periuk
      rice cooker.Tujuannya adalah untuk mengelakkan nasi menjadi hangus 
       didasar periuk ketika memasaknya nanti.    
3.   Ambil nasi yang telah dimasak separuh tadi dan lapiskan diatas kentang.
4.   Lapiskan telur diatas nasi ratakan ,kemudian lapiskan sedikit kuah kambing 
      serta daging kambing tadi.Renjiskan juga sedikit susu cair,sedikit minyak sapi
      serta sedikit pewarna kuningserta taburkan sedikit kismis diatasnya.





5.      Ulangi lagi melapis nasi sehingga lapisan yang terakhir.




6.       Untuk lapisan yang terakhir..taburkan bawang goreng kismis serta
           renjiskan sedikit susu cair serta lada hijau yang telah dipatahkan 2 serta 
           daun ketumbar dan daging kambing serta kuahnya tadi.Renjiskan juga
           sedikit pewarna kuning,bawang goreng,kismas serta badam diatas nasi.
7.       Letakan periuk rice cooker ke dalam standnya dan set "on".Biar nasi masak
          dengan sendirinya seperti biasa.
8.       Sewaktu nak dihidangkan barulah dikais nasi dengan menggunakan garfu 
          perlahan-lahan supaya nasi tidak patah.





 * Jumlah sukatan air ketika memasak nasi,boleh dilebihkan kerana selepas itu kita kena toskan nasinya 







                     Okeyy  enjoyyyy......  







6 comments:

  1. salam singgah

    sedapnya.. terasa nak buat nasi bieryani pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam wani..mmg berbaloi klu buat...;)

      Delete
  2. wahh..ada nasi bryani kambeen disini..sedapp..masakan pakistan mmg byk guna bawang dan tomato ..yogurt mmg wajip ada..yummy uj..:)

    ReplyDelete
  3. zila..malu arr nk totop muka ngan kulit kambeen..org pemes komen kt dapur kita..mekasih zila...muahhhh...

    ReplyDelete
  4. Time raya memang selalu masak nasi beriyani ni tapi lawan dengan ayam masak merah jek...tak expert nak masak kambing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la intan mana tau kok menepati citarasa....

      Delete