mytasteindonesia.com

Tuesday, 15 November 2016

KEK KAPAS JEPUN





 




Assalamualaikum.
Salam sejahtera...

   Lama jugak la Uj tak menjenguk ke dapur Uj ni.Nak menaip pun dah terkial-kial.Tekan keyboard pun manjang typo je laaa....
 
    Okey la untuk menghilangkan rasa rindu Uj untuk berblog ,disini Uj kongsikan satu resepi kek  yang digilai oleh ramai teman-teman blogger iaitu Kek Kapas Jepun.
Ramai kawan-kawan blogger dah membuatnya  dan bermacam-macam versi pulak yang ada.
Tapi  kali ni Uj cuba pula resepi dari Wendy Kor /bicara kek.

     Dalam resepi ni Uj cuba tambahkan 3 keping keju cheesedale.Yelah dalam sibuk mengemas esbok terjumpa pulak 3 keping keju cheesedale yang masih boleh digunakan.Lagi lah lemak rasa kek keju kapas ni...sedap pulak tu...sesuai pulak dengan tekak veteren UJ ni.Hehe

Okey la kepada sesiapa yang ingin  mencuba silakan.Sebelum tu jom kita intai dulu bahan-bahannnya..








Resepi:         Kek Kapas keju 
Resepi asal: Wendy khorr

Bahan-bahannya:


Bahan A:


60 ml susu segar UHT
160 g cream cheese (Uj guna tatura )
3 keping keju slice cheese dale dikoyak-koyakan ( Uj tambah )
30 g mentega salted ( uj guna anchor)

Bahan B:

4 bj kuning telur gred A(yang  telah dibuang tali pusatnya)



BahanC:

30 g tepung superfine( tepung halus)
30 g tepung jagung


Bahan D:

4 biji putih telur gred A
1 sdu teh cream of tartar
20 ml jus lemon
100 g gula kastor.



Cara:


1.    Panaskan oven 170 degre.Sapukan loyang dengan menggunakan sedikit mentega dan alaskan 
       didasar serta dikelilingnya dengan menggunakan kertas minyak.


2.    Cairkan bahan A secara double boil.Kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati dan tak
       berketul-ketul.Bila dah sebati ketepikan sebentar dan sejukan.Bila dah sejuk addkan kuning telur
       yang telah dibuang tali pusatnya.Kacau sehingga sebati dan adunan menjadi licin dan tak ber
       ketul-ketul.


3.  Pukul putih telur dengan menggunakan pemutar elektrik.Masukan gula sedikit demi sedikit diikuti
     dengan cream of tartar dan diakhiri dengan jus lemon.Dengan menggunakan kelajuan yang tinggi
     putar putih telur sehingga bertanduk.Ketepikan.

4.  Ayak tepung jagung dan tepung gandum ke dalam cheese ( bahan A).Kacau dengan mengguna
     kan whisk tangan sehingga sebati dan tak berketul.

5.  Bila dah sebati addkan sedikit  demi sedikit adunan putih telur ke dalam aduanan cheese tadi.
     Kaub balikan sehingga sebati.
    
6.  Bila adunan dah sebati addkan adunan ke dalam loyang.Masak secara waterbath selama 1 jam
     dengan suhu 170 degree dengan menggunakan api atas bawah. (Setengah jam pertama bakar
     dengan menggunakan suhu 170 degree dan tukar suhu ke 150 degree sehingaa kek masak)

7.  Bila kek dah masak biarkan kek berada didalam oven selama 30 sehingga 1 jam.Kemudian
     barulah dikeluarkan kek dari oven.

    



Jom jamu mata.....






     Okey selamat mencuba....




        Enjoyyyy..








No comments:

Post a Comment